 |
    
ANGEL GROUP SASAR 1
FAMILY 1KG EMAS, |

PORT DICKSON – Agensi perundingan, Angel Group tekad untuk merealisasikan impian
untuk setiap keluarga di negara ini memiliki satu kilogram (kg) emas.
Pengasas Angel Group, Dr. Rukhaidah Abd. Karim berkata, agensi itu pada awalnya
ditubuhkan untuk membantu dalam memberikan solusi berkenaan aspek kebebasan
kewangan.
Menurutnya, dalam tempoh tiga tahun, sasaran berkenaan berjaya dicapai dengan
baik dan kini pihaknya tampil dengan sasaran serta misi baharu buat manfaat
pelbagai golongan dan lapisan masyarakat.

“Tahun lalu kita tetapkan misi untuk melahirkan 1,000 jutawan emas di bawah
Agensi Angel Group ini. Alhamdulilah, hari ini sudah 112 jutawan yang terhasil
di bawah agensi ini.
“Kita sasarkan baki jutawan itu dalam tempoh lima tahun lagi. Buat masa ini,
kita yakin serta positif sasaran 1,000 jutawan dan satu keluarga, satu kilogram
emas dapat dicapai melalui sesi latihan, perkongsian ilmu daripada jutawan yang
terhasil di bawah agensi ini dan modul yang telah dibentuk.
“Kita mempunyai program khas ‘Millionaire create Millionaire’, dua tahun lalu
mereka ini orang biasa-biasa sahaja, sama seperti saya dan kini sudah bergelar
jutawan,” kata beliau ketika ditemui sempena Majlis Perasmian Training Creating
Millionaire By Millionaire di sini kelmarin.
Pada program yang berlangsung selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Jun itu,
seramai 350 ejen dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak hadir bagi
meningkatkan ilmu selain mendengar sendiri sesi perkongsian ilmu dari jutawan di
bawah agensi berkenaan.
Program tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Bukan Eksekutif Quantum Metal Sdn.
Bhd., Tan Sri Mazlan Lazim.
Mengulas lanjut, Rukhaidah berkata, emas kini bukan hanya untuk orang kaya
tetapi emas kini boleh dimiliki oleh semua golongan.

“Kita membantu ramai orang mencipta kekayaan tanpa mengira status dan pangkat,
kerana di Quantum Metal kita boleh membeli emas serendah RM10.
Sementara itu, Mazlan mengalu-alukan semua individu daripada pelbagai latar
belakang untuk merebut peluang menjana pendapatan buat keluarga melalui agensi
berkenaan.
“Program ini sangat baik kerana jutawan kelahiran syarikat tidak lokek dalam
berkongsi ilmu bagaimana ingin menjadi jutawan.
“Malah, semua pihak boleh menyertainya asalkan mereka mahu mengikuti latihan
serta sesi perkongsian daripada individu berpengalaman dalam Angel Group ini,”
katanya.
Berita penuh boleh baca
di Kosmo Online
klik sini |
|
|
     |
|