 |
    
QM jalin kerjasama
dengan Semboyan Malaysia |

Quantum Metal jalin kerjasama dengan Semboyan Malaysia
Pengasas QM Datuk Lim Khong Soon berkata, syarikat itu mendapat pengiktirafan
patuh syariah dari Akademi Penyelidikan Syari’ah Antarabangsa bagi Kewangan
Islam (ISRA) yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Katanya, QM ialah pengedar utama emas London Bullion Market Association (LBMA).
“Kerjasama ini adalah usaha kami dalam memberikan saluran yang betul kepada
mereka yang mahu melabur dan memiliki emas supaya tidak teraniaya.
“Kami juga gembira kerana diperakui dan diterima oleh Semboyan Malaysia yang
dikenali sebagai badan anti penipuan serta penganiayaan,” katanya ketika ditemui
pada sidang media MoU itu baru-baru ini.
Dalam pada itu, Lim menambah QM juga bakal membuka 40 kedai emas di seluruh
negara dalam masa dua tahun dengan kedai emas pertama akan beroperasi di Pulau
Pinang dalam masa terdekat.
QM juga mengingatkan orang ramai sentiasa berhati-hati mengenai pelaburan emas
supaya tidak menjadi mangsa penipuan atau ‘scammer’.
Antara perkara yang perlu diambil peduli ialah kadar nilai emas tidak tetap dan
akan berubah sepanjang 24 jam dari Isnin hingga Jumaat.
Berita penuh boleh baca edisi9
klik sini
|
|
|
     |
|