ANGEL GROUP SASAR 1 FAMILY 1KG EMAS,

PORT DICKSON – Agensi perundingan, Angel Group tekad untuk merealisasikan impian untuk setiap keluarga di negara ini memiliki satu kilogram (kg) emas.

Pengasas Angel Group, Dr. Rukhaidah Abd. Karim berkata, agensi itu pada awalnya ditubuhkan untuk membantu dalam memberikan solusi berkenaan aspek kebebasan kewangan.

Menurutnya, dalam tempoh tiga tahun, sasaran berkenaan berjaya dicapai dengan baik dan kini pihaknya tampil dengan sasaran serta misi baharu buat manfaat pelbagai golongan dan lapisan masyarakat.

“Tahun lalu kita tetapkan misi untuk melahirkan 1,000 jutawan emas di bawah Agensi Angel Group ini. Alhamdulilah, hari ini sudah 112 jutawan yang terhasil di bawah agensi ini.

“Kita sasarkan baki jutawan itu dalam tempoh lima tahun lagi. Buat masa ini, kita yakin serta positif sasaran 1,000 jutawan dan satu keluarga, satu kilogram emas dapat dicapai melalui sesi latihan, perkongsian ilmu daripada jutawan yang terhasil di bawah agensi ini dan modul yang telah dibentuk.

“Kita mempunyai program khas ‘Millionaire create Mil­lionaire’, dua tahun lalu mereka ini orang biasa-biasa sahaja, sama seperti saya dan kini sudah bergelar jutawan,” kata beliau ketika ditemui sempena Majlis Perasmian Trai­ning Creating Millionaire By Millionaire di sini ­kelmarin.

Pada program yang berlangsung selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Jun itu, seramai 350 ejen dari seluruh negara terma­suk Sabah dan Sarawak hadir bagi meningkatkan ilmu selain mendengar sendiri sesi perkongsian ilmu dari jutawan di bawah agensi berkenaan.

Program tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Bukan Eksekutif Quantum Metal Sdn. Bhd., Tan Sri Mazlan Lazim.

Mengulas lanjut, Rukhaidah berkata, emas kini bukan hanya untuk orang kaya tetapi emas kini boleh dimiliki oleh semua golongan.

“Kita membantu ramai orang mencipta kekayaan tanpa mengira status dan pangkat, kerana di Quantum Metal kita boleh membeli emas serendah RM10.

Sementara itu, Mazlan me­ngalu-alukan semua individu daripada pelbagai latar belakang untuk merebut peluang menjana pendapatan buat keluarga melalui agensi berkenaan.

“Program ini sangat baik ke­rana jutawan kelahiran syarikat tidak lokek dalam berkongsi ilmu bagaimana ingin menjadi jutawan.

“Malah, semua pihak boleh menyertainya asalkan mereka mahu mengikuti latihan serta sesi perkongsian daripada individu berpengalaman dalam ­Angel Group ini,” katanya.


 

Berita penuh boleh baca di Kosmo Online
klik sini

 

 

PENAFIAN : Ini adalah laman web peribadi untuk tujuan promosi bagi pemilik web dan kumpulan tajaannya. Web ini bukan web rasmi bagi syarikat yang menjalankan perniagaan ini. Segala potensi pendapatan yang dinyatakan adalah simulasi dan bergantung kepada usaha individu yang terlibat untuk mencapai sasaran pendapatan yang dicadangkan.
EMASDIGITAL2U.COM © 2023 | Web Design: MSI