Billionaire Warriors merupakan penganjur utama bagi majlis tersebut dengan
penglibatan konsultan Quantum Metal dari seluruh Malaysia.
Mengulas lanjut, beritahu Khong Soon, di peringkat antarabangsa pula, Quantum
Metal kini telah bertapak di hampir 15 buah negara termasuk United Kingdom,
Australia, Amerika Syarikat, Kemboja, Indonesia, Filipina dan Thailand.
Menurutnya, pencapaian itu sekali gus menunjukkan bahawa syarikat terbabit kini
berada pada landasan yang tepat bagi memenuhi sasarannya untuk melebarkan sayap
ke 60 buah negara dalam tempoh dua tahun akan datang.
“Sebenarnya, ada lagi negara yang masih menunggu kelulusan daripada pihak
berkuasa tempatan mereka di sana untuk mendapatkan permit perniagaan sebelum
bekerjasama dengan kami.
“Bagaimanapun di Malaysia, kami bertuah kerana tidak perlu memenuhi syarat
serupa. Apa yang penting syarikat perlu mematuhi garis panduan syariah seperti
yang ditetapkan sebelum ini,” jelasnya.
Dalam pada itu, Khong Soon menjelaskan, Quantum Metal kini mempunyai sekitar
25,000 konsultan dan hampir 300,000 ahli berdaftar di seluruh negara.
“Sekarang pun boleh dikatakan dalam sehari, terdapat antara 2,000 hingga 3,000
ahli baharu yang berdaftar dengan kami,” tambahnya yang berpandangan jumlah
tersebut merupakan satu pencapaian positif.